Lebih 10,000 penduduk di kawasan berisiko banjir di daerah Gua Musang, Kelantan diingatkan bersiap siaga sepanjang masa bagi menghadapi musim tengkujuh.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Galas, Mohd. Syahbuddin Hashim berkata, penduduk di kawasan rendah dan tebing sungai diarah berwaspada kerana cuaca hujan yang tidak menentu ketika ini.